18 February 2023
Bangun pagi, sambil buat final check up, dalam hati saje je nak periksa jadul flight kat google dan Firefly website. Bila tengok jadual pernerbangan, masih lagi tunjuk bertolak 1210hrs. Dalam hati dah cuak 'alamak semalam dah mesej Fahana pasal flight delay ke pukul 1pm'. Call Fahana tak berangkat 'Mano pulak cik kak ni pergi'. Aku pun terus tawakalna dan mesej dia untuk jumpa kat Subang pukul 10 pagi (nasib baik rumah Fahana tak jauh dari Subang Airport).
Aku pun zass order grabcar untuk ke Subang Airport. Tup tup...bila Fahana dah sampai airport dulu, dia tengok list flight kat TV, betul flight delay ke pukul 1pm .. cis 😤. Takpelah, janji sampai awal dari terlambat.
Sambil menunggu dan brunch kat Kapitan Kopitiam, aku pun terus bukak cerita pasal seller Garden by the Bay kat Fahana. Jadi plan untuk hari ke dua kat SG, terus jadi pending dan kami terus decide 'we see how' 😅. Habis makan, terus proceed ke baggage drop dan ke kastam. Untuk penerbangan antarabangsa akan berlepas di Pintu 1 (nasib baik staff kastam tunjuk jalan, kalau tak menonong aku pergi ke Pintu Domestic 🙈)
Jam 12.50pm, flight pun tiba, maka menyeretlah kaki sambil menutup telinga (boleh berdarah telinga duduk luar lama-lama). Dah lama rasanya tak naik Firelfly, terakhir mungkin September 2019 sebab ikut FAM TRIP dari Royale Chulan Hotel Group x Firefly. Memang best siap Pak Nil pun join trip tu as spoke person.
complimentary snack from FireflyAku menahan air liur je tengok snack sini sebab puasa dan tarikh berlepas kebetulan jatuh pada Israk Mikraj. Selepas sejam lebih, tibalah kami di Seletar Airport. Saiz airport lebih kurang macam Subang dan baru renovate (comfortable & lookin good - feeling macam dalam lobi hotel gitu 😍). Proses custom clearance memang laju cuma sini macam susah nak dapat GrabCar, kena tunggu sedikit. Selain dari Grab, ada pilihan e-hailing yang lain untuk SG seperti Gojek, TADA dan Ryde.
Aku dari Subang lagi, mata dah kuyu + berat sebab kurang tidur dari semalam. Masuk bilik dan layan telefon sekejap, terus masuk ke alam mimpi. Fahana pulak keluar ke Hajah Maimunah Restaurant pergi mengisi perut (sekali lagi).
Untuk buka puasa, aku pilih untuk dinner di Imam Banana Leaf (MRT Kallang St). Dari hotel nak ke MRT Paya Lebar, menapak jugak nak sampai. Singapore ni kalau sesiapa baru nak pergi sendiri, aku lebih suggest naik bas dari MRT. Pilihan bas banyak dan boleh refer jadual bas dan hentian bas di Google Maps.
Sampai hotel, lepas bersihkan diri, sang katil pun memanggil untuk tidoq... sekian untuk malam pertama di SG.. see you guys on the next post ... adiós por ahora

.jpeg)
.jpeg)




Comments
Post a Comment