Hai semua! As-salamu alaykum dan apa khabar? Terima kasih sebab sudi spend masa untuk baca blogku yang tak seberapa ni 😁. OK ... kita pendek kan cerita dan teruslah membaca celoteh aku mengenai percutian cruise yang baru aku experience last two week!

Sebenarnya, dah lama aku teringin nak cuba percutian atas kapal, sebab kebanyakan trip aku lebih ke arah negaraku sendiri & negara Asia. Last year in September 2022, company aku ada buat sale untuk special deal offer.

Dengan harga RM1288 seorang, aku orang pertama terus grab and ajak amiga aku, Fahana untuk join trip ni. Mula-mula dia macam tak sure sebab takut mabuk laut. Aku yakinkan dia, kapal ni besar, so confirm tak rasa berayun and  fe-feeling macam hotel & shopping mall cuma bezanya atas laut je...Hahaha. Owh ya harga ini dah termasuk segala taxes and gratuities ya.

Pakej ini termasuk dengan makan, minum, aktiviti dan performance. Boleh refer brochure ini untuk maklumat lanjut mengenai cruise Royal Caribbean Cruise Line (RCCL) - Spectrum of the Seas. Kalau ada logo "$" maknanya ada sesetengah restaurant dan aktiviti is chargeable.

Cruise ini akan berlayar untuk 4 hari 3 malam bermula 20 - 23 February 2023. Awalnya ingatkan nak naik Airasia flight ke SG and harga dalam RM125 sehala, then few weeks later alhamdulillah Firefly ada buat sale bulan October dan dapat grab harga RM121 sehala termasuk checked in baggage 20kg ✌. 

Jadi selepas dapat RCCL booking ID, boleh lah terus download ROYAL APP melalui Play Store or Apple Store


tadaa .. lepas dah register & login, akan muncul interface like this

Check in akan bermula 6 minggu sebelum tarikh pelayaran. Boleh klik check in tab then isilah maklumat yang diminta oleh sistem.

RCCL akan sentiasa hantar email dan akan tawarkan diskaun early bird untuk tetamu yang berminat untuk shore excursion, internet, specialty dining restaurant, beverages package and cruise activities. Jadi boleh add on, jika berminat.



Antara website yang aku rasa sangat membantu untuk tahu latest rules & regulation sesebuah negara ialah Airheart. Untuk Malaysian hanya perlu isi health declaration form (SG Arrival Card) 3 hari sebelum masuk Singapore. Boleh buat secara online atau download MYICA di Play/Apple Store. Face mask tidak mandatory di SG, tapi boleh pakai untuk protection 😷.

Since, ada check in baggage 20kg, aku pun pinjamlah beg troli 24-inch kakak aku untuk sumbat barangan aku .. bye backpack, kalini idoklah teman membawa kamu berjalan..hihi

Since aku fly into SG awal 2 hari, aku and Fahana plan untuk merendek and jjcm kat area Geylang / Joo Chiat etc. So, see you guys on the next post ... adiós por ahora


Comments